Tasbih Kifarah Dan Surat Al Asr

Tasbih Kifarah Dan Surat Al Asr

Posted on

Tasbih Kifarah disebut pula Kaffaratul Majlis atau do’a penutup majlis. Dari Abu Barzah Al-Aslami, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata di akhir majelis jika beliau hendak berdiri dan mengakhiri majelis beliau selalu membaca tasbih kifarah dan surah wa-asr.

Tasbih kifarah salah satu tasbih penebus dosa. Kenapa kita perlu baca Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr selepas tamat majlis? Inilah Alsan Mengapa Rasulullah Menyuruh Menutup Majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Wal-Asr

Tasbih Kafarah dan surat al asr

Daftar Isi

1. Tasbih Kifarah Dapat Menghapuskan dosa.

Abi Jabir bin Mat’am melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “barangsiapa yang membaca

سبحان الله و بحمده سبحانك اللهم و بحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك و أتوب إليك

setelah majlis, dihapuskan dosa keatasnya.”

(Hadith ini direkodkan oleh Hakim al-Naisaburi dalam Mustadrak al-Naisaburi, kitab Doa dan Takbir, juz 1, no hadith 1970 dan status hadith sahih mengikuti syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkan dalam Sahih Muslim).

Jelaslah, dalam hadith ini, Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita membaca Tasbih Kifarah untuk dihapuskan dosa selepas majlis. Sepanjang kita berada di dalam majlis mungkin kita ada melakukan dosa secara sedar ataupun tidak sedar.

Tasbih Kifarah Dan Surat Al Asr

Baca Artikel Tentang Surat Nuh Dan Kisah Nabi Nuh dan Artikel Tentang Bacaan Surat Yasin Lengkap MP3

2. Surah Al-Asr menerangkan arti kerugian.

Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya tiada surah lain diturunkan, memadai surah ini diturunkan kerana di dalamnya terkandung pengajaran yang besar. Surah ini menerangkan tentang manusia yang sentiasa berada dalam kerugian.

Al-Nabusi mengajak kita berfikir apakah yang dimaksudkan dengan kerugian? Dalam perniagaan, kerugian didefinasikan sebagai hasil yang kurang dari modal. Dalam kehidupan, kerugiaan adalah individu yang menggemblengkan masa dan tenaga tetapi tidak menghasilkan sesuatu.

3. Surah Al-Asr menerangkan arti penjanaan.

Surah Al-Asr bukan sekadar mengajar kita tentang masa, tetapi penjaan hasil iaitu perahan masa yang kita habiskan sehingga menghasilkan sesuatu. Asr ini mirip dengan perkataan Asir, perkataan bahasa Arab yang bermaksud perahan jus buahan yang menghasilkan minuman yang enak.

Dengan ini, benarlah kata-kata Imam Syafie tadi bahawa memadai dengan surah ini, telah lengkap pengajaran. Pengajaran yang memberi implimentasi iaitu menghasilkan tindakan dari mutiara yang terkandung di dalamnya.

Oleh itu, majlis yang kita sudahi dengan Surah Al-Asr itu akan mengigatkan kita tentang tindakan seterusnya yang membuahkan hasil.

Lantunan Tasbih Kifarah

Berikut ini adalah lantunan tasbih kifarah yang dibawakan oleh Munif Ahmad bersama Anak Anak.

Nah, itulah sebab-sebab mengapa kita harus menutup majelis dengan membaca tasbih kifarah dan surah wal-asr, mari kita sama-sama mengamalkan tasbih kaffarah dan surah wal-asr ini.

Sambil baca, kita hayati makna setiap bait bacaan kita. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

Baca Artikel Menarik Lainya, Tentang

Gravatar Image
Assalamualaikum, Berusaha untuk istiqomah Belajar Alquran dan Mengajarkan Alquran, Penulis, Berusaha melakukan terbaik. Distributor Metode Rubaiyat Bandung