Al-Quran adalah petunjuk sekaligus pedoman hidup bagi umat Islam, Mukjizat Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Alquran adalah kitab suci yang memberikan dampak besar kepada orang yang membacanya. Lalu apakah manfaat serta keutamaan membaca alquran? Berikut ini adalah 10 keutamaaan membaca Al-Quran yang tercatat dalam hadis hadis nabi Muhamammad SAW.
Bagi kaum muslimin yang bukan berasal dari arab, bisa jadi sedikit mengalami kesulitan dalam membaca alquran. Akan tetapi dengan belajar yang benar huruf dan tanda baca alquran, insya Allah sedikit demi sedikit akan lancar dalam membaca alquran.
Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran. Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran:
Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada siapa yang mengikut keredho-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”
(Surah Al-Maidah, ayat 16)
Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu.
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya
(Surah Al-Hijr, ayat 9)
Daftar Isi
Keutamaan Membaca AlQuran Al-Karim:
Berikut ini adalah 10 keutamaan membaca alquran berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW.
1. AlQuran Sebagai Syafaat Diakhirat.
Keutamaan membaca alquran yang pertama adalah alquran sebagai pemberi syafaat di akhirat, hal ini sesuai dengan hadis sebagai berikut.
Daripada Abu Umamah r.a menyampaikan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
(Hadith Abu Umamah ini dicatat oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
2. AlQuran Sebagai Pembela.
Dari Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
(Hadith Nawwas bin Sam’an ini dicatat oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)
3. Belajar Dan Mengajar AlQuran Adalah Sebaik-baik Amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadith Utsman bin Affan ini dicatat oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)
4. Dua Pahala Bagi Yang Belajar Membaca Alquran
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya (terbata-bata) ia mendapat dua pahala”.
(Hadith Aisyah r.a ini dicatat oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937)
5. Di Tinggikan Derajat
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat derajat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.
(Hadith Umar bin Al-Khattab ini dicatat oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
6. Membaca AlQuran Mendapatkan Ketenangan.
Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. telah menyampaikan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula menaunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Waktu menjelang pagi beliau pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”.
(Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini dicatat oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)
7. Memperindah Bacaan Alquran Mendapat Kebaikan.
Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perindahlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperindah urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.
(Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini dicatat oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)
8. Fasih Membaca Al-Quran Layak Menjadi Imam Sholat.
Keutamaan mambaca alquran berikutnya adalah sesuai dengan hadis nabi, yaitu
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sholat ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
9. Satu Huruf Membaca AlQuran Mendapat Sepuluh Ganjaran Pahala.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Hadith Ibnu Mas’ud ini dicatat oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
10. Memperindah Suara Dengan Al-Quran.
Keutamaan membaca alquran berikut ini adalah seperti yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
yaitu:
Daripada Al-Bara’ bin ‘Aazib, Rasulullah s.a.w. bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian.
(Hadith Al-Bara’ bin ‘Aazib ini dicatat oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamat As-Solat Wa Sunnah Fiha, Bab Fi Hasan As-Saut Bil Quran, No hadith 1342, status hadith ini sahih)
Keutamaan Membaca Alquran: Kesimpulan
Demikianlah artkel tentang keutamaan membaca alquran begitu pula hadist-hadist di atas menerangkan keutamaan membaca Al-Quran. Jadi, jelaslah Al-Quran bukan hanya sekedar mukjizat tetapi memberikan keutamaan keutamaan kepada pembaca-pembacanya.
Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.
Baca Juga Artikel Lainya tentang